Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Covid-19: P&G derma produk kebersihan bernilai $5j kepada pekerja asing

Apr 25, 2020 | 6:43 PM
PEK IHSAN: (Dari kiri) Cik Low Yen Ling, Cik Josephine Teo dan Encik Yeo Guat Kwang menyertai sukarelawan P&G dalam satu acara pembungkusan pek pada 25 April 2020 untuk diagihkan kepada pekerja asing di Singapura.
PEK IHSAN: (Dari kiri) Cik Low Yen Ling, Cik Josephine Teo dan Encik Yeo Guat Kwang menyertai sukarelawan P&G dalam satu acara pembungkusan pek pada 25 April 2020 untuk diagihkan kepada pekerja asing di Singapura. - - Foto P&G dan CDC South West

SYARIKAT Procter & Gamble akan mengagihkan sejumlah 300,000 'pek ihsan' mengandungi produk kebersihan bernilai $5 juta kepada pekerja asing di asrama serata Singapura dalam pandemik Covid-19 ini. Syarikat itu akan menderma barangan seperti berus gigi, pisau cukur dan syampu, serta produk pembersihan lain kepada 43 asrama binaan khas dan lebih 1,000 kilang bertukar asrama untuk memastikan kebersihan di tempat tinggal mereka itu. Ini merupakan inisiatif dengan kerjasama Kementerian Tenaga Manusia (MOM), Majlis Pembangunan Masyarakat (CDC) South West dan Pusat Pekerja Asing (MWC), menurut satu kenyataan bersama P&G dan CDC itu pada Sabtu (25 April). Sukarelawan P&G disertai Menteri Tenaga Manusia Josephine Teo; Mayor CDC South West Low Yen Ling; dan Pengerusi MWC Yeo Guat Kwang dalam satu acara pembungkusan barangan itu pada Sabtu (25 April).

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg