Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Covid-19: PM Lee gesa masyarakat waspada sebelum hadiri perhimpunan agama

Mar 12, 2020 | 9:12 PM
BERWASPADA: PM Lee berkata jemaah harus berwaspada sebelum menghadiri perhimpunan termasuk perhimpunan agama. Foto: YOUTUBE/PEJABAT PERDANA MENTERI
BERWASPADA: PM Lee berkata jemaah harus berwaspada sebelum menghadiri perhimpunan termasuk perhimpunan agama. Foto: YOUTUBE/PEJABAT PERDANA MENTERI -

PERDANA Menteri Encik Lee Hsien Loong menggesa agar masyarakat Singapura berwaspada, sebelum menghadiri perhimpunan agama, sedang Singapura dijangka berdepan dengan cabaran wabak Covid-19 bagi tempoh lebih lama.

Beliau berkata demikian dalam ucapan yang disiarkan dalam bahasa Inggeris, Melayu dan Cina di televisyen dan di semua wadah media sosial pada malam Khamis (12 Mac).

"Kita harus berwaspada sebelum menghadiri sebarang perhimpunan termasuk perhimpunan agama," kata beliau merujuk kepada dua kes jangkitan koronavirus yang melibatkan peserta perhimpunan tabligh yang besar baru-baru ini di Kuala Lumpur.

"Pada masa-masa genting sekarang ini, saya harap anda faham dan sokong, langkah-langkah praktikal untuk mengurangkan jumlah jemaah atau memendekkan khutbah demi menjaga keselamatan para jemaah." tambahnya.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg