Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Covid-19: Rancangan bagi tapak baru tempatkan pekerja asing yang pulih

Apr 28, 2020 | 11:10 AM
Rancangan perumahan jangka pendek, sederhana dan panjang bagi warga asing yang pulih akan diumumkan tidak lama lagi.
Rancangan perumahan jangka pendek, sederhana dan panjang bagi warga asing yang pulih akan diumumkan tidak lama lagi. - Foto Fail

BEBERAPA tapak baru akan dibangunkan dengan asrama untuk menempatkan pekerja asing yang telah pulih daripada Covid-19.

Ini akan merangkumi kemudahan jangka lebih panjang yang akan siap dalam masa satu atau dua tahun, kata Menteri Pembangunan Negara Lawrence Wong semalam (27 April).

Beliau menyatakan demikian apabila ditanya apakah pekerja itu akan kembali tinggal di asrama mereka atau di tempat lain.

Encik Wong juga berkata ada aturan perumahan termasuk jangka pendek, sederhana serta panjang, dan rancangan itu akan diumumkan tidak lama lagi.

Sehingga semalam, sebanyak 12,183 kes koronavirus yang disahkan di Singapura melibatkan pekerja asing yang tinggal di asrama, daripada keseluruhan 14,423 kes.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg