Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Covid-19: Sebahagian khidmat jagaan kesihatan disambung selepas 1 Jun, ahli keluarga dibenar kunjung pesakit di hospital

May 22, 2020 | 11:14 PM
DISAMBUNG SEMULA: Penyedia khidmat jagaan kesihatan akan memberi keutamaan bagi keperluan pesakit yang lebih genting. - FOTO: KUA CHEE SIONG
DISAMBUNG SEMULA: Penyedia khidmat jagaan kesihatan akan memberi keutamaan bagi keperluan pesakit yang lebih genting. - FOTO: KUA CHEE SIONG -

SEBAHAGIAN khidmat jagaan kesihatan yang digantung akibat Covid-19 akan disambung semula secara bertahap dan terkawal selepas tempoh pemutus litar berakhir pada 1 Jun.

Dalam kenyataannya pada Jumaat (22 Mei), Kementerian Kesihatan (MOH) berkata khidmat jagaan kesihatan akan dibuka menerusi dua fasa.

Menurut MOH, penyedia khidmat jagaan kesihatan akan memberi keutamaan bagi keperluan pesakit yang lebih genting. Ini bermakna khidmat seperti suntikan Botox atau khidmat yang tidak merawat penyakit akan terus digantung.

Khidmat jagaan kesihatan di hospital yang tidak boleh ditangguh lagi, antara lain seperti pembedahan katarak, sendi bagi pesakit kronik dan pemeriksaan kaki pesakit diabetes akan dimulakan semula.

Khidmat pencegahan, seperti vaksinasi flu dan prosedur pergigian juga boleh dimulakan, dengan syarat tertentu. Pemeriksaan kesihatan bagi rakyat Singapura yang bakal menjalani Perkhidmatan Negara (NS) juga akan disambung semula.

Selain itu, perkhidmatan berdasarkan masyarakat, termasuk kunjungan ke rumah dan perubatan tradisional Cina turut dibenar dimulakan semula dengan syarat tertentu.

Dalam fasa pertama, lima orang dari isi keluarga yang sama akan dibenar mendaftar untuk mengunjungi seorang ahli keluarga yang dirawat di hospital. Hanya seorang dibenar melawat pada satu masa.

Menurut MOH, hospital juga boleh memperkenalkan langkah lain bagi mempertingkat langkah keselamatan dan pencegahan.

Kebanyakan khidmat jagaan kesihatan akan disambung semula dalam fasa kedua, kata MOH, tetapi ini bergantung kepada keadaan kadar jangkitan dalam masyarakat dan di dormitori.

"Menguruskan keadaan penularan pada masa ini dan mencegah pembentukan kelompok besar baru terus menjadi keutamaan kita," kata MOH.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg