SEHINGGA 12 tengah hari tadi, Singapura menghadapi sejumlah 753 kes baharu jangkitan Covid-19.
Menurut Kementerian Kesihatan (MOH), sebahagian besar adalah pekerja asing yang menginap di asrama pekerja.
Sejumlah sembilan kes melibatkan warga Singapura/Penduduk Tetap.
Jumlah terbaharu ini menjadikan jumlah keseluruhan mencecah 22,460 kes.
MOH menyatakan mereka masih meneliti kes-kes ini dan butiran lanjut akan diberikan malam nanti.


Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg