SPH Logo mobile
Langgan|
success-icon

Topic followed successfully

Go to BHku

Covid-19: SG di landasan yang betul, Ye Kung

Covid-19: SG di landasan yang betul, Ye Kung

Jun 7, 2021 | 10:30 AM

Covid-19: SG di landasan yang betul, Ye Kung

Catitan Encik Ong mengenai peratusan kes Covid-19 di Singapura dalam tempoh beberapa minggu ini. - Foto FACEBOOK ONG YE KUNG
Catitan Encik Ong mengenai peratusan kes Covid-19 di Singapura dalam tempoh beberapa minggu ini. - Foto FACEBOOK ONG YE KUNG -

JUMLAH keseluruhan jangkitan kes koronavirus di Singapura sepanjang minggu lalu telah merosot berbanding minggu sebelumnya, dengan kes Covid-19 yang tidak berkait berkurangan daripada 18 peratus kepada 15 peratus, kata Menteri Kesihatan Encik Ong Ye Kung pada malam Ahad (6 Jun).

Encik Ong menyatakan kerjasama orang ramai dalam mematuhi sekatan Fasa Dua (Kewaspadaan Dipertingkat) sejak 16 Mei telah membantu Singapura mengawal kes jangkitan di sini.

Namun, kes koronavirus yang dikesan semasa dalam kuarantin telah meningkat kepada 73 peratus, berbanding 57 peratus sebelum ini.

Bagaimanapun, Encik Ong menjelaskan keadaan Covid-19 di sini masih terkawal kerana "peluang yang sangat kecil untuk mereka bergerak dan merebak kepada orang lain".

Menulis dalam posnya di Facebook pada Ahad, Encik Ong berkata:

"Di sidang akhbar Pasukan Bertindak Berbilang Kementerian pada 31 Mei, saya menyatakan angka jangkitan kita boleh dibahagikan kepada tiga cabang angka - dikuarantin sebelum dikesan; tidak dikuarantin tetapi berkait dengan kelompok; dan tidak berkait - cabang terakhir menjadi yang paling membimbangkan.

"Kita menuju ke arah yang tepat kerana sumbangan semua orang. Jumlah keseluruhan sepanjang tujuh hari terakhir menurun lebih jauh dari minggu lalu. Peratusan orang yang dijangkiti yang dikesan semasa dalam kuarantin telah meningkat dari 57 peratus kepada 73 peratus. Ini bermakna peluang yang sangat kecil untuk mereka bergerak dan merebak kepada orang lain. Lebih menggalakkan adalah kes tidak berkait telah turun daripada 18 peratus kepada 15 peratus.

"Mari kita teruskan."

Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg