Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Covid-19: S'pura catat 447 kes baru, jumlah tertinggi dalam sehari

Apr 15, 2020 | 10:47 PM
-

KEMENTERIAN Kesihatan (MOH) pada Rabu (15 April) melaporkan 447 kes jangkitan koronavirus baru, jumlah tertinggi yang dilaporkan dalam sehari, dengan kebanyakan merupakan pemegang pas kerja yang tinggal di asrama.

404 kes melibatkan pemegang pas kerja yang tinggal di asrama, manakala lima melibatkan mereka yang tinggal di luar asrama, kata MOH.

Empat kelompok jangkitan baru juga dikenal pasti iaitu tiga asrama di 10 Kian Teck Crescent, 26 Kian Teck Avenue, dan 460 Mandai Road.

Baki satu kelompok jangkitan dikenal pasti di 234 Balestier Road yang kini mencatatkan tujuh kes jangkitan setelah langkah jejak kontak dijalankan, kata MOH.

Jumlah kes jangkitan setempat pula semakin stabil, dengan 38 jangkitan baru.

Secara kesuluruhan, Singapura mempunyai 3,699 kes jangkitan koronavirus sejauh ini.

Seramai 41 pesakit sudah pulih dan diizinkan pulang, menjadikan jumlah pesakit yang telah pulih kepada 652 orang.

26 pesakit sedang menerima rawatan unit jagaan rapi, manakala 1,469 orang yang masih dirawat di hospital berada dalam keadaan stabil atau semakin pulih.

Sementara itu, 1,540 kes merupakan pesakit yang sihat tetapi telah diuji positif, kini diberi rawatan di kemudahan penjagaan masyarakat.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg