MENTERI ehwal luar dari 13 negara, termasuk Singapura, telah menyuarakan komitmen untuk mengekalkan rangkaian global seperti pengangkutan dan penyambungan rantaian bekalan untuk mengurangkan gangguan dan mempercepatkan pemulihan daripada wabak koronavirus.
Negara-negara peserta mengeluarkan deklarasi untuk mengekalkan kaitan ini pada Jumaat (17 April), dan telah menggesa negara-negara lain untuk mengambil pendekatan serupa.
Dalam satu kiriman Facebook pada Sabtu, Menteri Ehwal Luar, Dr Vivian Balakrishnan, berkata: "Kami mengadakan telesidang paling terkini kami petang semalam, di mana kami mengulangi pentingnya mengekalkan penyambungan global seperti pengangkutan dan rangkaian rantaian bekalan, yang akan membantu semua ekonomi kita pulih dengan lebih cepat apabila wabak ini akhirnya reda. "
Singapura gembira dapat menyertai 12 negara itu dalam memajukan Deklarasi itu, tambahnya.
Kumpulan Penyelarasan Menteri (MCG) mengenai Covid-19 itu diadakan oleh Canada terdiri daripada negara seperti Brazil, Jerman, Indonesia dan Britain.


Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg