Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Covid-19: Strategi bekalan makanan S'pura tahan lasak, tiada risiko kehabisan barangan, kata Chun Sing

Mar 17, 2020 | 1:05 AM
Orang ramai beratur untuk membeli barang keperluan, pada Isnin (16 Mac) di NTUC Fairprice Bukit Panjang. Encik Chan berkata kita perlu bertanggungjawab semasa membeli-belah dan hanya membeli apa yang diperlukan sahaja.
Orang ramai beratur untuk membeli barang keperluan, pada Isnin (16 Mac) di NTUC Fairprice Bukit Panjang. Encik Chan berkata kita perlu bertanggungjawab semasa membeli-belah dan hanya membeli apa yang diperlukan sahaja. - NG SOR LUANG / ST

SINGAPURA mempunyai strategi utuh untuk memastikan ia tidak kehabisan barangan asas yang diperlukannya, kata Menteri Perdagangan dan Perusahaan Chan Chun Sing pada Isnin (16 Mac).

Ini selain membina simpanan bekalan makanan dan bekalan asas negara," kata beliau dalam satu pos di Facebook.

Encik Chan berkata demikian selepas sebahagian warga Singapura melahirkan keprihatinannya terhadap kesan pengumuman Malaysia untuk melaksanakan perintah kawalan pergerakan dua minggu bermula Rabu (18 Mac) yang bertujuan mengekang penuaran Covid-19.

Semua rakyat Malaysia tidak dibenarkan ke luar negara. Mereka yang pulang dari luar negeri perlu menjalani pemeriksaan kesihatan dan menjalani kuarantin sukarela selama 14 hari. Pelancong dan pelawat asing juga tidak dibenarkan mremasuki Malaysia.

Gambar orang ramai yang beratur di pasar raya di sini pada malam Isnin kini mula disebar luas di dalam talian selepas pengumuman Malaysia. Dengan ramai membeli produk makanan dan barang keperluan harian lain.

Kata Encik Chan, tiada risiko Singapura akan kehabisan makanan atau bekalan lain yang diimport ke sini.

Pemerintah telah bekerjasama dengan pasaraya seperti NTUC Fairprice, Sheng Siong dan Dairy Farm untuk menambah simpanan makanan dan bekalan asas lain sejak dua bulan lalu.

Tambah Encik Chan, Singapura berupaya menghasilkan sendiri produk seperti mi, susu tepung bayi, dan makanan dalam tin.

"Jika kita mampu menambah bekalan bagi penggunaan domestik, kita boleh mempertingkat penghasilan dan berbuat demikian dengan mudah," kata Encik Chan.

"Kita telah terus mempelbagai sumber barangan keperluan asas, sebagai contoh, kita membeli sayur-sayuran dari China dan menjelajah ke Australia dan Sepanyol untuk membeli telur," kata Encik Chan.

Encik Chan turut menggesa warga Singapura untuk meneruskan pembelian mereka dengan cara yang bertanggungjawab.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg