Covid-19: Tambahan 32 kes baru pada kelompok pusat tukaran bas, dengan angka keseluruhan kini 469 kes

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Covid-19: Tambahan 32 kes baru pada kelompok pusat tukaran bas, dengan angka keseluruhan kini 469 kes

Sep 5, 2021 | 11:59 PM

Covid-19: Tambahan 32 kes baru pada kelompok pusat tukaran bas, dengan angka keseluruhan kini 469 kes

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula
Foto CHINESE MEDIA GROUP
Foto CHINESE MEDIA GROUP -

KEMENTERIAN Kesihatan (MOH) melaporkan 32 kes jangkitan Covid-19 baru dalam kalangan kakitangan di lapan pusat tukaran bas pada Ahad (5 September), menjadikan jumlah individu yang dijangkiti dalam kelompok ini mencecah 469 kes kini.

Terdapat juga tambahan enam kes baru berkaitan dengan kelompok Hospital Besar Changi (CGH), menjadikan angka keseluruhan kes dalam kelompok ini mencecah 46 kes, kata MOH.

Pada Ahad, sebanyak 186 kes Covid-19 dalam kalangan masyarakat dilaporkan. Terdapat lima kes import juga, menjadikan jumlah kes baru pada Ahad mencecah 191 kes keseluruhannya.

Sejak pandemik Covid-19 bermula tahun lalu, jumlah kes di Singapura kini adalah 68,660 kes.

MOH menambah, tujuh kelompok ditutup, dengan kelompok aktif kini adalah 55 kesemuanya.

Terdapat 653 pesakit yang masih dirawat di hospital. Dalam kalangan mereka, 24 kes sakit serius dan memerlukan sokongan oksigen. Terdapat lima kes di unit jagaan rapi (ICU).

Dalam kalangan mereka yang tenat, 22 orang merupakan warga emas melebihi 60 tahun. Separuh daripada mereka belum menjalani vaksinasi atau baru menerima satu suntikan vaksin, tambah MOH.

Secara keseluruhannya, bilangan kes baru dalam masyarakat bertambah kepada 1,233 kes minggu lalu berbanding 634 kes dua minggu lalu. Jumlah kes tiada kaitan juga melonjak hingga 500 kes, daripada 133 kes dua minggu lalu.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg