Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Covid-19: Tambahan 373 kes baharu, tiada warga/PR direkodkan

May 28, 2020 | 3:30 PM
SEHINGGA 12 TENGAH HARI INI: MOH melaporkan terdapat penambahan 373 kes jangkitan Covid-19 di negara ini.
SEHINGGA 12 TENGAH HARI INI: MOH melaporkan terdapat penambahan 373 kes jangkitan Covid-19 di negara ini. - - Foto: FAIL

KEMENTERIAN Kesihatan (MOH) melaporkan terdapat penambahan 373 kes jangkitan Covid-19 di negara ini.

Jumlah itu adalah bagi tempoh 24 jam berakhir 12 tengah hari tadi.

Sebahagian besar mereka yang dijangkiti merupakan pemegang Permit Kerja yang menginap di asrama.

Tidak ada kes melibatkan warga Singapura ataupun Penduduk Tetap.

Sehingga malam tadi seramai 17,267 telah pulih sepenuhnya.

Secara keseluruhannya seramai 33,249‬ telah disahkan positif Covid-19 di Singapura sejauh ini.

Sehingga malam tadi, seramai 525 masih dirawat di hospital, termasuk tujuh di unit jagaan rapi.

Sejumlah 15,052 pesakit pula berada di kemudahan masyarakat.

Seramai 23 pesakit Covid-19 telah meninggal dunia akibat komplikasi penyakit tersebut.

Sembilan yang lain yang diuji positif Covid-19 pula meninggal dunia atas sebab-sebab lain.

MOH akan memberikan butiran lanjut malam nanti.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg