Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Covid-19 tidak jejas rancangan peralihan kepimpinan Temasek Holdings: Ho Ching

Feb 9, 2021 | 9:03 PM
Foto BH oleh KUA CHEE SIONG
Foto BH oleh KUA CHEE SIONG -

KETUA Eksekutif Temasek Holdings, Cik Ho Ching menyatakan beliau rasa "relaks" mengumumkan persaraannya sambil menjelaskan Covid-19 tidak menghambat niatnya mengundurkan diri tahun ini.

"Pandemik ini tidak menyebabkan rancangan jangka panjang kami tergelincir," katanya dalam sesi taklimat pada Selasa (9 Februari) yang diterajui pengerusi Temasek Holdings, Encik Lim Boon Heng, di pejabat Temasek Holdings di Dhoby Ghaut.

"Saya sebenarnya sangat gembira dan amat selesa mempunyai sepasukan kakitangan di Temasek di bawah Dilhan, yang mengambil masa beberapa tahun bagi memikirkan masa depan."

Penggantinya, Encik Dilhan Pillay, 57 tahun, akan mengambil-alih pada 1 Oktober. Beliau adalah ketua eksekutif Temasek International, sayap komersial Temasek yang memacu pelaburannya.

Encik Pillay, peguam dengan kelulusan Cambridge, akan mengekalkan kedudukannya di Temasek International.

Beliau memberitahu sesi taklimat itu: "Saya tidak merasakan sebarang bebanan tambahan lagi," sambil menambah beliau teruja tentang masa depan Temasek, setelah menerajui peranan dalam perumusan strategi 2030-nya, yang mempunyai tumpuan utuh pada kemapanan.

Dalam pada itu, Cik Ho, 67 tahun, isteri Perdana Menteri, Encik Lee Hsien Loong, berkata, beliau belum memikirkan tentang masa depannya pada tempoh pasca Temasek dan akan terus fokus pada tugasnya ini hingga Oktober.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg