Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Covid-19: Wanita S'pura antara 4 kes import baru

Nov 27, 2020 | 11:11 PM
Lagi tujuh kes telah sembuh dan dibenarkan pulang dari hospital atau kemudahan pengasingan masyarakat, menjadikan jumlah 58,111 pesakit telah pulih sejauh ini.
Lagi tujuh kes telah sembuh dan dibenarkan pulang dari hospital atau kemudahan pengasingan masyarakat, menjadikan jumlah 58,111 pesakit telah pulih sejauh ini. - AFP

EMPAT kes import Covid-19 yang disahkan pada Jumaat (27 Nov) termasuk satu warga Singapura dan dua penduduk tetap (PR) yang pulang dari India dan Indonesia.

Warga Singapura itu merupakan wanita berusia 53 tahun, kata Kementerian Kesihatan (MOH) dalam kenyataannya Jumaat malam.

Baki satu kes ialah pemegang permit kerja Singapura dari India yang mula menunjukkan tanda sakit pada 16 November lalu.

Tiga yang lain tidak menunjukkan sebarang simptom.

Kesemua mereka diberi Notis Jangan Keluar Rumah (SHN) setibanya di Singapura.

Sementara itu, lagi tujuh kes telah sembuh dan dibenarkan pulang dari hospital atau kemudahan pengasingan masyarakat, menjadikan jumlah 58,111 pesakit telah pulih sejauh ini.

Lagi 31 kes masih dirawat di hospital dan 29 diasingkan dan dijaga di kemudahan masyarakat.

Sejauh ini, 28 orang terkorban di sini akibat komplikasi disebabkan oleh jangkitan Covid-19.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg