Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Covid-19: Warga S'pura lelaki berusia 60 tahun kes jangkitan dalam masyarakat tunggal antara 188 kes; termasuk 12 kes diimport

Aug 10, 2020 | 11:29 PM
e89a8d71-d854-4ae3-90af-a22dcf64fecd
- - Foto: FAIL

KES dalam masyarakat tunggal yang diumumkan pada Isnin (10 Ogos) telah dikenal pasti sebagai kontak kes jangkitan lalu dan telah dikenakan perintah kuarantin lebih awal, kata Kementerian Kesihatan (MOH).

Pesakit lelaki itu, seorang warga Singapura, berusia 60 tahun dan disahkan dijangkitai Covid-19 pada 9 Ogos.

Beliau antara 188 kes jangkitan baru yang diumumkan pada Isnin. Kebanyakan kes itu, adalah pekerja asing yang tinggal di dormitori, kata MOH.

Ini termasuk 12 kes diimport, yang terdiri daripada warga Singapura, penduduk tetap, pekerja asing dan ahli keluarga mereka yang kembali ke Singapura antara 27 Julai dengan 29 Julai.

Keseluruhan, ada 55,292 kes Covid-19 di Singapura setakat ini.

Dalam kenyataan kedua pada Isnin (10 Ogos) MOH berkata bilangan kes baru dalam masyarakat telah kekal stabil pada purata dua kes sehari sejak 14 hari lalu. Bilangan kes tiada kaitan dalam masyarakat juga kekal stabil, pada purata satu kes sehari dalam tempoh yang sama.

"Kami akan terus memantau dengan teliti bilangan kes ini, serta kes yang dikesan menerusi program pemantauan kami," kata MOH.

Angka korban angkara Covid-19 di Singapura adalah 27 kematian, manakala 15 yang diuji positif meninggal dunia akibat sebab lain.

Sejak Covid-19 dikesan Disember lalu, ia telah menjangkiti lebih 20 juta orang di serata dunia. Lagi 733,000 pesakit telah maut.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg