Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Cuaca lebih panas, kering diramal awal September

Sep 1, 2021 | 10:47 PM
Foto fail hiasan
Foto fail hiasan -

HUJAN lebat dijangka akan reda dalam masa dua minggu lagi dengan peluang menikmati hari-hari yang lebih panas daripada keadaan beberapa minggu lalu menanti, jelas Khidmat Kaji Cuaca Singapura (MSS) pada Rabu (1 September).

Namun, diramalkan hujan berserta guruh antara pagi dengan awal tengah hari akan turun di merata tempat di Singapura pada kebanyakan hari, tambah MSS.

Bagi beberapa hari, deretan ribut petir boleh membawa pada hujan berserta guruh dengan angin kencang pada awal dinihari dengan tempoh sebelum Subuh apabila ribut petir yang dipanggil 'Sumatra squall' ini bergerak ke arah timur menuju ke Laut China Selatan.

Buat satu atau dua hari, hujan sederhana atau lebat berserta guruh dapat dijangkakan dek tiupan angin di rantau ini yang menyelaputi Singapura dan rantau sekeliling.

Jumlah keseluruhan hujan yang turun bagi separuh pertama September diramalkan melebihi kadar purata bagi kebanyakan bahagian kepulauan ini.

MSS berkata suhu harian bagi kebanyakan hari dijangka antara 24 darjah Celsius dengan 33 darjah Celsius. Bagi satu atau dua hari hujan, suhu minimum harian boleh turun hingga sekitar 22 darjah Celsius.

Bagi dua minggu selepas itu, suhu maksimum harian boleh mencecah paras tinggi sekitar 34 darjah Celsius bagi beberapa hari.

Buat beberapa malam, keadaan berbahang dan lembab ini boleh dijangka apabila angin yang lazim bertiup dari arah tenggara atau selatan terasa menerusi semburan angin dari laut. Suhu waktu malam minimum mungkin boleh mencecah sekitar 28 darjah Celsius, khususnya di bahagian tenggara pulau ini.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg