CUACA panas yang dialami sepanjang April dijangka berterusan sehingga separuh pertama Mei.
Dalam satu kenyataan malam ini, Khidmat Kaji Cuaca Singapura (MSS) berkata lebih banyak hujan juga dijangkakan dalam dua minggu akan datang. Dalam tempoh itu, suhu harian paling tinggi sekitar 34 darjah Celsius boleh dijangkakan pada kebanyakan hari dan boleh mencecah 35 darjah Celsius pada hari tertentu. Pada kebanyakan hari dalam dua minggu pertama Mei, hujan sekejap dengan guruh dan kilat boleh dijangkakan antara lewat pagi dengan petang. Hujan boleh berlarutan ke malam pada satu atau dua hari. Hujan berserta guruh dan angin kencang pada awal pagi boleh dijangkakan pada beberapa hari.


Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg