SPH Logo mobile
Langgan|

Cuaca panas tak halang warga M’sia nikmati musim durian

Cuaca panas tak halang warga M’sia nikmati musim durian

Jun 6, 2023 | 7:25 PM

Cuaca panas tak halang warga M’sia nikmati musim durian

JUAL DURIAN: Seorang penjual durian, Encik Sulong Yusof, kelihatan melayani pelanggan semasa menjual durian kampung dengan menunggang motosikal di Kampung Binjai Rendah, Marang, Terengganu.
JUAL DURIAN: Seorang penjual durian, Encik Sulong Yusof, kelihatan melayani pelanggan semasa menjual durian kampung dengan menunggang motosikal di Kampung Binjai Rendah, Marang, Terengganu. - Foto BERNAMA

JOHOR BARU: Meskipun Malaysia dilanda cuaca panas terik berpanjangan, ia tidak menolak ramai penggemar durian daripada menikmati durian pada musim ini.

Menurut media tempatan, ramai kelihatan membuat tempahan besar-besaran raja buah itu untuk dinikmati sekeluarga.

Beberapa pekebun menyatakan bahawa orang ramai boleh menjangkakan bekalan besar musim durian ini dengan harga yang lebih murah.

Cik Nurul Syahira Ismail, seorang pengasuh berkata: “Saya sering melanggan gerai dekat Taman Sutera Utama sebab mereka mengadakan promosi ‘beli satu, dapat satu percuma’ dan kadang kala saya dapat bawa pulang sekitar 10 biji durian.”

“Cuaca panas semasa ini pun tak akan halang saya daripada membeli durian. Kami selalu akan meminum air garam selepas makan durian beramai-ramai untuk mengurangkan bahangnya.”

Seorang usahawan Encik Peter Ho, 50 tahun, pula mengajak anak-anak lelakinya membeli-belah mencari durian, lebih-lebih lagi sewaktu tempoh cuti sekolah ini.

“Sejak minggu lalu mereka minta saya untuk bawa mereka keluar beli durian. Tetapi cuacanya terlalu panas untuk kami menikmatinya di kedai, jadi kami memutuskan untuk memakannya di rumah.” – Agensi berita

Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg