Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Cuba sogok pekerja bank: Lelaki didenda $3,500

May 12, 2023 | 5:30 AM
1b86bef6-2e50-4dd5-a9bf-1ed9b7ee61b2
-

SELEPAS diumumkan bahawa wang kertas $1,000 tidak akan dikeluarkan lagi, seorang pengurup wang ingin meraih keuntungan dengan mendapatkan wang kertas tersebut dan menjualnya kepada pengumpul pada harga yang lebih tinggi.

Ahamed Sahib Ziaudeen Abdul Rahman, 47 tahun, menawarkan seorang kakitangan di cawangan Maybank komisen $2 hingga $3 untuk setiap wang kertas $1,000 yang diperolehi.

Dia juga mendekati rakan-rakan pengurup wang bagi nota ini. Dia akan menawarkan komisen sekitar $2 bagi setiap nota dan akan meraih keuntungan lebih tinggi dengan menjualnya pada harga $5 hingga $10 setiap nota kepada pelanggan.

Perkara itu dirujuk kepada Biro Siasatan Amalan Rasuah (CPIB).

Pada Rabu, Ahamed Sahib didenda $3,500 selepas dia mengaku bersalah atas satu pertuduhan rasuah.

Dia merupakan pemilik tunggal amp;C Xchange Centre, yang ditubuhkan pada 2018, dan bekerja di kedai pengurup wang itu di tingkat satu People's Park Centre.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg