Premium
Cungkil rahsia kejayaan individu
Pakar media digital temu ramah hampir 40 golongan berjaya untuk dikongsi dalam laman Extraordinary Muslims di Facebook
Aug 19, 2018 | 5:30 AM
USAHA MERANGSANG PENCAPAIAN MASYARAKAT: Selain kejayaan dalam bidang akademik, niaga dan kerjaya, pencapaian individu yang berjaya mengharungi liku-liku kehidupan turut Cik Alia Fatin Abdullah paparkan menerusi catatan nota dan rakaman video. - Foto BM oleh NAZRY MOKHTAR -
KISAH-KISAH kejayaan insan cemerlang sering membuat hati Cik Alia Fatin Abdullah bagai disiram embun dingin.
Terangsang dengan contoh-contoh teladan ini, beliau menebalkan semangat mendekati insan-insan yang tidak beliau kenali semata-mata kerana ingin mencungkil rahsia kejayaan mereka.

