POLIS semalam telah menangkap seorang wanita berusia 33 tahun kerana disyaki terlibat dalam dua kes kecurian dalam kedai.

Dalam kenyataannya malam tadi, polis berkata ia menerima laporan pada 8 dan 18 Mei lalu bahawa barang-barang, seperti kosmetik dan peralatan mandian, bernilai lebih dari $ 600, dicuri dari sebuah kedai runcit di Bedok Mall.

Melalui pertanyaan di lapangan dan dengan bantuan rakaman kamera litar tertutup (CCTV), pegawai dari Polis Divisyen Bedok berjaya mengenalpasti identiti wanita itu dan menahannya semalam.

Siasatan sedang dijalankan.

Kesalahan mencuri di kediaman di bawah Seksyen 380 Kanun Keseksaan membawa hukuman penjara sehingga 7 tahun dan denda.