Cut! Yaacob, Action! Jadi pelakon 'Gunting' perjelas dasar pemerintah
Premium
Cut! Yaacob, Action! Jadi pelakon 'Gunting' perjelas dasar pemerintah
Jun 21, 2017 | 5:30 AM
MENGHIBUR SAMBIL SAMPAIKAN PESAN: Dr Yaacob Ibrahim (duduk), yang berlakon sebagai dirinya sendiri dalam telemovie Gunting, menyifatkan wadah penceritaan ini sebagai berkesan dalam menjelaskan daya usaha dan dasar pemerintah, seperti SMEs Go Digital. Bersamanya ialah pelakon (dari kiri) Najib Soiman, Shane Mardjuki, Hisyam Hamid, Taufik Batisah dan Yuslina Yussof. - Foto TRIBAL WORLDWIDE -
MENTERI Perhubungan dan Penerangan, Dr Yaacob Ibrahim, yang juga Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam dan Keselamatan Siber, tampil dalam watak kameo (sebagai dirinya sendiri) bagi telemovie Hari Raya, Gunting.
Telemovie arahan M. Raihan Halim itu, yang akan disiarkan di saluran Mediacorp Suria pada 8.30 malam Ahad ini, merupakan yang pertama dihasilkan dalam bahasa Melayu bagi menjelaskan dasar dan daya usaha pemerintah.

