Dadah $2.6j untuk diseludup ke Singapura, Indonesia dirampas polis Johor

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Dadah $2.6j untuk diseludup ke Singapura, Indonesia dirampas polis Johor

Jan 12, 2016 | 11:14 AM

Dadah $2.6j untuk diseludup ke Singapura, Indonesia dirampas polis Johor

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula
-

SATU bekalan besar dadah untuk diseludup ke Singapura dan Indonesia dirampas dalam satu operasi polis di Johor Bahru minggu lalu.

Dadah itu - 58 kg Ecstasy dalam bentuk serbuk, 5,290 pil Ecstasy dan 1kg syabu (ubat psiko-perangsang amphetamine) - ditemui di sebuah rumah di Taman Pelangi, yang disyaki beroperasi sebagai "makmal dadah mini".

Ia mempunyai nilai jalanan yang dianggarkan k RM8.1 juta ($2.6 juta) dan boleh mencapai sekitar 190,000 pengguna dadah, lapor akhbar New Straits Times.

Antara barangan lain yang dirampas ialah peralatan membuat dadah dan bahan kimia yang digunakan dalam pembuatan ubat-ubatan, serta empat senapang dan dua pucuk pistol angin.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Mokhtar Shariff, memberitahu pemberita dalam satu sidang media pada Isnin (11 Jan) bahawa dua lelaki berusia 37 dan 40 tahun telah ditangkap.

Serbuan itu sebahagian daripada operasi lebih besar yang dijalankan pada Jumaat dan Sabtu lalu.

Empat suspek lelaki lain ditahan dalam serbuan di premis di Jalan Sutera, Taman Century, Taman Daya dan Bandar Baru Permas Jaya.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg