Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18

Daikin tambah pekerja baiki sistem penyejukan penduduk estet Tengah

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Daikin tambah pekerja baiki sistem penyejukan penduduk estet Tengah

Mar 06, 2024 | 07:57 PM



Pengilang Daikin, yang bertanggungjawab memasang sistem penyejukan berpusat di bandar baru Tengah, telah menambah pasukan pekerjanya sebanyak tiga kali ganda, untuk membaiki isu pemeluwapan (condensation), selepas sebilangan penduduk mengadu masalah kebocoran air di flat mereka.

Ia juga menggandakan pasukan kawalan mutunya untuk menjalankan pemeriksaan tambahan dan mengatasi masalah kemahiran kerja, menurut jurucakap Daikin.

Beliau berkata firma itu telah menggandakan bilangan pemasang, dan kini menggiatkan usaha melatih mereka, dengan penekanan khusus dalam “metodologi dan proses kerja bermutu” bagi mengurangkan masalah isu mutu kerja, lapor The Straits Times (ST).


Secara purata, sekitar 170 pekerja Daikin di estet perumahan Tengah menjalankan kerja pemasangan, penyelenggaraan dan pembaikan setiap hari.

Syarikat itu akan menempatkan lebih ramai pekerja apabila perlu, tambah jurucakap itu.


Usaha tersebut dilakukan selepas sebilangan penduduk melibatkan tiga projek pertama flat Bina Ikut Tempahan (BTO) di bandar baru Tengah, memaklumkan mengenai masalah kebocoran sistem penyejukan di flat mereka.

Penduduk flat Plantation Village, Cik Nur Afifah Hazali, berkata beliau mengalami masalah kebocoran air berulang kali daripada sistem penyejukan berpusat di rumah barunya selama hampir tiga minggu pada Januari, selepas berpindah ke flat empat biliknya, semasa ia masih diubah elok.

Walaupun selepas beberapa kali melaporkan masalah itu kepada syarikat elektrik dan gas milik negara, SP Group, yang mengurus sistem penyejukan di estet perumahan Tengah, kebocoran air masih berterusan, walaupun selepas lapisan penebat tambahan digunakan pada paip, kata jururawat berusia 31 tahun itu.

Beliau menambah, air akan menitis di sepanjang paip sistem penyejukan itu, dari pintu masuk flat hingga ke bilik tidur utama, walaupun penghawa dingin dimatikan.


“Kami sangka kerja ubah elok akan berjalan lancar, dan dengan adanya penghawa dingin, kami boleh berpindah. Kami anggarkan semuanya akan selesai sebelum Februari, tetapi masalah air bocor ini menangguhkan semuanya,” kongsi Cik Nur Afifah.


Beliau membatalkan kontrak bagi sistem penyejukan berpusat pada 18 Januari, dan membelanjakan $4,300 untuk memasang penghawa dingin konvensional.

Cik Afifah, yang membayar sekitar $3,500 untuk pemasangan empat unit gegelung kipas atau fan coil units, sedang menanti untuk menerima pemulangan wang 50 peratus daripada SP Group – tanda muhibah yang dilaksana sejak November lalu – berikutan aduan dan rasa kecewa daripada penduduk yang mengalami masalah itu.


Sistem penyejukan berpusat itu merupakan alternatif mampan kepada alat penghawa dingin konvensional dan ia sedang dirintis di bandar Tengah.

Menurut SP Group dan Daikin, kes pemeluwapan itu yang boleh mengakibatkan kebocoran air, pada umumnya berpunca daripada masalah mutu kerja tidak memuaskan kerana “garis masa lebih singkat” HDB untuk menyerahkan flat kepada penduduk.

Akibatnya, ia tidak mempunyai masa mencukupi untuk memasang unit gegelung kipas dan paip, serta menjalankan ujian prestasi sistem itu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >