PIHAK Polis telah menyangkal dakwaan bahawa pegawainya dan pegawai penguatkuasaan dari Agensi Sekitaran Kebangsaan (NEA) akan melakukan rondaan di kawasan perumahan sewaktu musim perayaan Hari Raya nanti.
Dalam satu catatan di Facebook, Pasukan Polis Singapura (SPF) berkata, berita yang tersebar di media sosial dan menerusi pesanan teks menyatakan pegawai tidak beruniform akan menangkap mereka yang gagal mematuhi langkah pemutus rantaian jangkitan, adalah palsu.
"Kami ingin menggesa agar orang ramai tidak sebarkan berita palsu. Patuhi langkah jarak selamat, termasuk tidak dibenarkan perjumpaan dengan keluarga atau rakan yang tidak tinggal bersama," kata polis.


Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg