Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Dalam diam, Iman Fandi orak langkah ukir nama sendiri

Nov 20, 2021 | 5:30 AM
- Foto BH oleh NUR DIYANA TAHA
- Foto BH oleh NUR DIYANA TAHA -

MEMILIH haluan berbeza, Iman Fandi (gambar atas) - satu-satunya anak perempuan bintang bola sepak Fandi Ahmad - tetap mampu mengukir kejayaan sendiri.

Secara senyap-senyap tanpa pengetahuan apatah lagi menggunakan pengaruh orang tuanya, Iman, 20 tahun, mampu menghasilkan dua 'single' - Timefame dan Love Me A Little More - di bawah label syarikat rakaman antarabangsa, Universal Music.

Bahkan beliau mampu berkolaborasi dengan penerbit antarabangsa yang pernah memenangi Anugerah Grammy, John Hanes, yang sebelum ini pernah bekerjasama dengan Taylor Swift dan Alicia Keys.

"Bapa dan abang-abang saya, Irfan, Ikhsan... semuanya sudah melangkah ke gelanggang antarabangsa, tentunya saya tak mahu ketinggalan.

"Saya pilih bidang yang berbeza tetapi saya kira, kerja keras yang diperlukan tetap sama," kata anak ketiga lima beradik itu.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg