Dalam pandemik, kenaikan kos juga satu cabaran...
Jan 15, 2022 | 5:30 AM
BELI BARANGAN BASAH: Pelanggan memilih ikan segar di Pasar Geylang Serai semalam. Kenaikan harga makanan menjejas bukan hanya makanan laut tetapi juga barangan kering seperti bawang merah, cili kering dan tepung gandum. - Foto BH oleh NUR DIYANA TAHA -
KENAIKAN harga barangan keperluan asas, yang didorong faktor seperti pandemik yang berpanjangan, gangguan terhadap rantaian bekalan global dan kos logistik yang kian meningkat, dirasakan ramai warga Singapura.
Kesan kenaikan itu tentunya menjejas ramai warga lebih-lebih lagi memandangkan negara ini mengimport lebih 90 peratus dari makanan yang dimakan di dalam negeri.
Ini khususnya bagi golongan berpendapatan rendah serta pertengahan.
Bagi peniaga pula, mereka terpaksa mempertimbang harga makanan mereka sedang kos perniagaan makin meningkat.
Laporan lanjut:

