Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Dalami 'kisah S'pura' melampaui kedatangan Raffles

Jan 21, 2019 | 5:30 AM
TEROKA WARISAN: Profesor Hadijah (kiri) ingin orang ramai menggunakan sambutan Bicentennial Singapura sebagai peluang untuk menggali dan mengkaji sejarah Melayu yang seringkali diabaikan. - Foto BH oleh JASMINE CHOONG
TEROKA WARISAN: Profesor Hadijah (kiri) ingin orang ramai menggunakan sambutan Bicentennial Singapura sebagai peluang untuk menggali dan mengkaji sejarah Melayu yang seringkali diabaikan. - Foto BH oleh JASMINE CHOONG -

SELAIN menjadi sebuah pusat perdagangan pada abad ke-13, Singapura juga merupakan pusat persuratan dan intelektual Melayu ketika itu.

Ini terbukti menerusi karya-karya teks Hindu seperti Ramayana dan Mahabrata yang diterjemahkan kepada Bahasa Melayu pada zaman Temasek.

Malah, teks klasik Melayu seperti Sejarah Melayu pada 1612 dan Hikayat Hang Tuah pada abad ke-17 juga menyifatkan Singapura sebagai pusat penting bagi tamadun dan kerajaan Melayu.

Justeru, meskipun Bicentennial Singapura adalah acara memperingati 200 tahun Singapura sejak kedatangan Sir Stamford Raffles, Ketua Bahasa dan Budaya Asia di Institut Pendidikan Nasional (NIE), Universiti Teknologi Nanyang (NTU), Profesor Madya Hadijah Rahmat menekankan acara itu adalah peluang bagi warga mendalami kekayaan sejarah pulau ini melebihi tempoh 200 tahun itu.

Ini sejajar dengan pendekatan acara tersebut untuk menceritakan kisah Singapura, yang hakikatnya bermula sejak 700 tahun yang lalu.

Kisah lanjut sekitar Bicentennial Singapura:

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg