Dana $4 juta baru bagi bolehkan pembelajaran sepanjang hayat untuk orang dewasa kurang upaya

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Dana $4 juta baru bagi bolehkan pembelajaran sepanjang hayat untuk orang dewasa kurang upaya

Sep 8, 2021 | 8:01 PM

Dana $4 juta baru bagi bolehkan pembelajaran sepanjang hayat untuk orang dewasa kurang upaya

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula
Orang kurang upaya boleh menggunakan dana itu untuk mendaftar dalam program latihan dan pendidikan berterusan.
Orang kurang upaya boleh menggunakan dana itu untuk mendaftar dalam program latihan dan pendidikan berterusan. - LIM YAOHUI

ORANG dewasa kurang upaya yang ingin meningkatkan kemahiran atau mengikuti latihan akan dapat memanfaatkan dana $4 juta baru oleh Temasek Trust dan lima Majlis Pembangunan Masyarakat (CDC). Dilancarkan pada Rabu (8 Sept), dana tersebut akan menyediakan hingga $1,000 setiap seorang kepada 4,000 orang dewasa kurang upaya bagi membiayai yuran berkaitan kursus atau pembelian alat sokongan pembelajaran. Dana Pemberdayaan Pembelajaran Sepanjang Hayat CDC-Temasek Trust itu akan ditadbir oleh SG Enable.

Ia dibentuk bagi memenuhi permintaan disebabkan Covid-19 yang meningkatkan jurang pembelajaran bagi golongan kurang upaya dalam masyarakat. Ia bertujuan menyokong orang kurang upaya dalam pembelajaran sepanjang hayat, kerana mereka prihatin peluang belajar hanya sedikit setelah mereka lulus dari sekolah pendidikan khas sekitar usia 18 tahun. Di pelancaran maya dana itu pada Rabu, Mayor CDC Central, Cik Denise Phua, berkata orang dewasa kurang upaya, bergantung kepada tahap keperluan sokongan mereka, memerlukan latihan berterusan dalam kemahiran kehidupan bebas dan vokasional. Ini termasuk kemahiran yang berkaitan dengan pengurusan diri, kehidupan masyarakat, mobiliti, kesediaan bekerja dan komunikasi. Orang kurang upaya boleh menggunakan dana itu untuk mendaftar dalam program latihan dan pendidikan berterusan seperti yang ditawarkan oleh institusi pengajian lebih tinggi, atau kursus yang ditawarkan oleh agensi perkhidmatan sosial dan penyedia latihan yang disokong oleh SG Enable. Dana itu boleh menolong membiayai yuran kursus, yuran pendaftaran, bahan kursus dan yuran penilaian. Ia juga boleh digunakan untuk membeli peralatan teknologi bantuan seperti alat merakam, dan peralatan IT seperti komputer riba dan tablet, serta untuk mendapatkan khidmat aksesibiliti seperti penterjemah bahasa isyarat. Mereka yang layak mendapat dana tersebut adalah orang kurang upaya yang berumur 18 tahun dan ke atas yang tidak mendaftar di sekolah aliran utama atau pendidikan khas. Mereka juga mestilah warga Singapura atau penduduk tetap. Mereka boleh memohon dana itu lebih daripada kali, hingga had $1,000. Permohonan dana itu akan dibuka pada 3 Disember, sempena Hari Orang Kurang Upaya Antarabangsa. Tempoh permohonan berakhir pada 31 Disember tahun depan.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg