Topik diikuti
Pergi ke BHkuDana bantuan Covid-19 bagi bantu warga S'pura yang hilang pendapatan dilanjut hingga 2023
Dana bantuan Covid-19 bagi bantu warga S'pura yang hilang pendapatan dilanjut hingga 2023
Dana bantuan Covid-19 bagi bantu warga S'pura yang hilang pendapatan dilanjut hingga 2023
DANA bantuan Covid-19 bagi warga Singapura yang kehidupannya terjejas oleh pandemik telah diperluas untuk membantu lebih ramai orang mengharungi kos kehidupan dan inflasi yang meningkat.
Permohonan bagi Dana Bantuan Kong Meng San-Majlis Pembangunan Masyarakat (CDC) Covid-19 yang dimulakan Disember 2020 telah dilanjutkan hingga 31 Mac 2023.
Tempoh permohonan ini sudah tamat tempohnya pada Disember 2021.
Dengan lanjutan dana tersebut, setiap isi rumah yang layak akan menerima $800, meningkat daripada jumlah asal $500.
Lanjutan dana itu diumumkan pada Isnin (30 Mei) dalam satu kenyataan bersama oleh lima CDC di sini dan kuil Buddhist, Kong Meng San Phor Kark See Monastery.
Dana ini meliputi sumbangan dana $2 juta daripada kuil ini dengan jumlahnya dipadankan oleh CDC bagi menjadikan keseluruhan jumlah yang disediakan mencecah $4 juta.
Permohonan bagi dana ini boleh dibuat di biara di Bright Hill Drive atau di mana-mana balai rakyat atau kelab masyarakat.
Pemohon boleh mengirimkan borang permohonan bersama dokumen sokongan. Mereka juga boleh mengirimkan permohonan dan memuatnaikkan dokumen dalam talian di laman lima CDC - Central Singapore, North East, North West, South East dan South West.
Pemohon mestilah berusia 21 tahun ke atas dan sama ada sudah mengalami kehilangan pendapatan kerana cuti tanpa gaji bukan sukarela atau tamatnya pekerjaan bagi sekurang-kurangnya dua bulan pada detik permohonan.
Pemohon juga layak jika mereka telah mengalami kehilangan pendapatan sekurang-kurangnya 30 peratus daripada semua pekerjaan yang dibuat, jika mereka berpendapatan $3,000 atau kurang daripada itu.
