Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18

Dana Pendidikan Muslim S’pura agih lebih $360,000 biasiswa dalam sedekad

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Dana Pendidikan Muslim S’pura agih lebih $360,000 biasiswa dalam sedekad

Feb 13, 2024 | 03:51 PM



Lebih $360,000 biasiswa telah diberikan kepada 153 pelajar di bawah Dana Pendidikan Muslim Singapura (SMEF) yang ditadbir Angkatan Karyawan Islam (AMP) sepanjang sedekad lalu.

SMEF ditubuhkan pada 2013 oleh sekumpulan aktivis masyarakat yang melihat keperluan untuk menangani kekurangan perwakilan Melayu/Islam dalam bidang Undang-undang dan Perubatan.

SMEF menyediakan Biasiswa SMEF-Perubatan kepada pelajar perubatan dan Biasiswa SMEF-Profesor Ahmad Ibrahim bagi pelajar undang-undang dalam mengurangkan beban kewangan mereka.

Kededua kursus ijazah itu mempunyai tempat terhad di universiti tempatan, menurut satu kenyataan AMP pada 13 Februari.

Dr Ayesha Saadiqah Habeeb Mohamed, 25 tahun, merupakan antara pelajar yang tidak mendapat tempat dalam jurusan perubatan di institusi setempat pada 2017.

Menuntut di Universtiti Malaya (UM) di Malaysia, beliau menerima Biasiswa SMEF-Perubatan pada 2018.

Biasiswa itu meringankan beban kewangannya dan Dr Ayesha lulus dari UM pada 2023 dengan Ijazah Sarjana Muda Perubatan dan Sarjana Muda Pembedahan.

“Sokongan kewangan yang saya terima daripada SMEF sememangnya dialu-alukan – ia membantu yuran pengajian saya.

“Apa yang unik tentang SMEF ialah peluang yang kami ada untuk menjalin rangkaian dengan rakan-rakan doktor Muslim dan karyawan lain – peluang yang tidak selalu datang. Ia adalah berguna menjadi sebahagian daripada masyarakat yang anda boleh berharap kepada dan meminta bantuan,” kata Dr Ayesha, yang kini bertugas di jabatan Pembedahan Am Hospital Tan Tock Seng (TTSH).

SMEF juga menawarkan Dermasiswa SMEF-Leftenan Adnan kepada pelajar politeknik yang menunjukkan kecemerlangan kepimpinan dalam kegiatan kokurikulum (CCA) kumpulan beruniform dan berakhlak mulia atau pelajar yang telah mengatasi kesusahan dalam hidup.

Anugerah Kejururawatan SMEF-Rufaydah pula terbuka kepada pelajar kejururawatan yang mempamerkan sifat-sifat baik yang penting bagi seorang jururawat.

Diperkenalkan semasa pandemik Covid-19 berleluasa, anugerah itu mengiktiraf kepentingan jururawat di barisan hadapan.

Terdapat empat komponen utama Dana SMEF:


[ο] Biasiswa SMEF-Perubatan 


– Dibuka kepada semua pelajar Muslim Singapura yang melanjutkan pengajian di peringkat ijazah Perubatan di universiti luar negara yang diiktiraf oleh Majlis Perubatan Singapura


– Kuantum anugerah: $5,000


[ο] Biasiswa SMEF-Profesor Ahmad Ibrahim


– Dibuka kepada semua pelajar Muslim Singapura yang melanjutkan pengajian di peringkat ijazah Undang-undang di universiti luar negara yang diiktiraf oleh Kementerian Undang-undang/Majlis Undang-undang


– Kuantum anugerah: $3,000


[ο] Dermasiswa SMEF-Leftenan Adnan


– Dibuka kepada semua pelajar Muslim Singapura yang pernah menyertai CCA kumpulan beruniform di sekolah menengah dan sedang menuntut di politeknik


– Pelajar mesti mengekalkan rekod CCA yang cemerlang, mempamerkan keupayaan kepimpinan yang cemerlang serta perwatakan yang baik


– Kuantum anugerah: $700


[ο] Anugerah Kejururawatan SMEF-Rufaydah


– Dibuka kepada semua pelajar kejururawatan Muslim Singapura sepenuh masa yang menuntut di politeknik tempatan


– Pelajar mesti mempunyai sifat-sifat penting yang baik sebagai jururawat dan keputusan akademik yang baik


– Kuantum anugerah: $700




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >