Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19

Dana projek ‘Ihsan Ramadan’ bantu pelajar, wanita memerlukan

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

PERSATUAN PEMUDI ISLAM SINGAPURA (PPIS)

Dana projek ‘Ihsan Ramadan’ bantu pelajar, wanita memerlukan

PPIS sasar kumpul dana $481,000 bagi tampung pelbagai program, khidmat untuk benefisiari di 11 pusat kendaliannya
Apr 05, 2024 | 05:30 AM



Bagi pelajar di Pusat Jagaan Pelajar, Persatuan Pemudi Islam Singapura (PPIS), di Bedok dan Jurong, tiada yang lebih berharga daripada prasarana dan kemudahan yang selesa.

Turut diperlukan adalah penjagaan penuh keprihatinan daripada guru-guru yang bertugas.

Ia seiring peluang menceburi pelbagai kegiatan bagi mempertingkatkan diri dan potensi mereka.

Tidak semua pelajar yang berkemampuan menceburi kegiatan riadah seperti mengunjungi tempat-tempat menarik bagi mempertingkatkan pembelajaran mereka.

Namun, dengan sumbangan dan sokongan golongan dermawan, setiap pelajar di kedua-dua pusat pelajar itu tidak kira latar belakang mereka, kini berpeluang menyertai kegiatan tambahan tanpa perlu mengeluarkan wang.

Ini termasuk menyertai program tuisyen secara percuma.

Semua kelebihan itu dapat dicapai melalui sumbangan penderma yang bermurah hati dalam menyokong usaha murni PPIS.

Baru-baru ini, pusat jagaan di Bedok telah mengadakan acara iftar bersama ibu bapa pelajar. Ini merupakan acara tahunan yang memberi pelajar peluang berbuka puasa beramai-ramai dengan rakan serta ibu bapa mereka.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) PPIS, Cik Tuminah Sapawi, berkata:

“Menyatukan pelajar dengan ibu bapa mereka merupakan usaha murni guru-guru di pusat jagaan tersebut. Kami sedar betapa berharganya dapat berkumpul bersama-sama untuk berbuka. Dan kami akan meneruskan usaha ini tahun demi tahun.”

Acara itu juga mendapat sambutan hangat daripada ibu bapa yang ikhlas menyediakan dan menjadi penaja juadah berbuka puasa.

Setiap tahun, PPIS menganjurkan acara Projek PPIS, ‘Ihsan Ramadan’, bagi mengumpul dana untuk membantu bukan saja pelajar di pusat jagaan, malah wanita yang ditempatkan di pusat peralihan Rise Above sebelum mereka disatukan dengan keluarga mereka.

Sasaran pengumpulan dana pada 2024 ialah $481,000. Ini bagi menampung pelbagai program dan khidmat bagi benefisiari di 11 pusat kendalian PPIS.

PELUANG KEDUA UNTUK MAJU

Bagi Cik Nura (bukan nama sebenar), peluang kedua yang diterimanya amat dihargai. Beliau yang mempunyai seorang anak dan kini bertugas di sebuah restoran terkemuka, sedar bahawa sumbangan orang ramai amat penting buatnya dan benefisiari lain, bagi membuka lembaran kehidupan baru.

Beliau merupakan antara wanita di rumah peralihan Rise Above yang menerima latihan untuk melengkapkan diri bagi mendapat pekerjaan.

Dengan mempunyai pekerjaan tetap, beliau mampu meningkatkan lagi keyakinan diri dan bersemangat untuk menjadi insan yang lebih baik.

Di rumah peralihan Rise Above, kira-kira 80 peratus wanita berjaya mendapatkan pekerjaan hasil program latihan yang mereka terima.

Sebagai sebuah pusat yang memperkasakan kaum wanita, ia turut bergantung kepada sumbangan orang ramai bagi melaksanakan pelbagai kegiatan dan projek pembangunan.

RAIKAN SINAR

Tahun 2024 ini, PPIS akan meraikan sinar kepada 50 keluarga yang bakal menerima baucar pasar raya $125 bagi setiap sekeluarga.

“Kami sedar bahawa banyak pertubuhan lain yang menawarkan juga pakej sama, namun kami yakin dapat memberi kepada benefisiari kami (yang mungkin) lebih memerlukan kerana mempunyai anggota keluarga yang besar. Atau mungkin mereka menjaga ibu bapa yang sudah tua dan uzur, ” ujar Cik Tuminah.

Pada masa yang sama, seramai 30 keluarga anak titipan serta ibu bapa kandung mereka akan menerima agihan hamper yang dianjurkan oleh agensi titipan PPIS Oasis.

Ini merupakan acara tahunan yang memberi manfaat kepada ramai keluarga. Acara itu dialu-alukan keluarga yang memerlukan bagi menyediakan juadah Hari Raya.

PPIS mengalu-alukan individu agar terus menyumbang kepada Projek PPIS, Ihsan Ramadan, bagi membantu mereka yang memerlukan bukan saja pada bulan Ramadan malah sepanjang tahun.

Setiap derma yang disalurkan kepada benefisiari yang memerlukan itu, pastinya mampu memperkasakan wanita lain dan membawa keceriaan kepada keluarga yang dilanda kesukaran.

MENGENAI PPIS

* Ditubuhkan pada 1952, PPIS merupakan badan khidmat sosial yang memberi tumpuan kepada wanita, keluarga dan kanak-kanak.

* Dengan tumpuan kepada Perkhidmatan Keluarga, Penjagaan Pelajar, Kemudahan Untuk Penghuni, PPIS turut menyediakan sokongan yang bermutu dan menyeluruh melalui pelbagai program pembangunan.

* PPIS membantu lebih 17,000 benefisiari wanita pada 2023, melalui kerja kes (casework), kaunseling, terapi keluarga, asuhan dan keperluan pendidikan.


* Untuk maklumat lanjut atau menghulur sumbangan, kunjungi laman web, www.ppis.sg/pir.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >