Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Dana Reben Kuning raih lebih $1juta, manfaat 5,000 penerima bantuan

Feb 4, 2023 | 3:46 PM
BERI SOKONGAN: Lebih 5,000 penerima bantuan seperti bekas pesalah, dijangka meraih manfaat daripada sumbangan yang dihulurkan para penderma kepada Yayasan Reben Kuning pada tahun ini.
BERI SOKONGAN: Lebih 5,000 penerima bantuan seperti bekas pesalah, dijangka meraih manfaat daripada sumbangan yang dihulurkan para penderma kepada Yayasan Reben Kuning pada tahun ini. -

Lebih 38 korporat dan 68 penderma individu telah mengikrarkan lebih $1 juta bagi Dana Reben Kuning (YRF) pada tahun ini untuk menyokong banduan, bekas pesalah dan keluarga mereka.

Sumbangan itu dijangka memanfaatkan lebih 5,000 penerima bantuan pada tahun ini, menurut kenyataan YRF semalam (3 Feb).

Sokongan itu dihulurkan kepada YRF yang mentadbir pembiayaan untuk program pemulihan dan integrasi semula untuk banduan dan bekas pesalah, serta program sokongan keluarga bagi mengukuhkan keluarga yang terjejas.

Dana tersebut dikumpul semasa acara dwi tahunan, Majlis Makan Malam Gala Amal YRF 2023, yang dihadiri oleh Tetamu Kehormat, Menteri Kanan merangkap Menteri Penyelaras Dasar Sosial, Encik Tharman Shanmugaratnam.

Kenyataan itu berkata sumbangan itu akan disalurkan dalam program seperti Anugerah Dermasiswa Bantuan Latihan Kemahiran bagi Permulaan Semula (Star) YRF dan Yellow Brick Road (YBR).

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg