SEBANYAK $108,000 telah dikumpulkan untuk Dana Wang Saku Sekolah The Straits Times (STSPMF) menerusi penjualan dalam talian pelitup guna semula yang dihasilkan oleh makmal inovasi ST Engineering, ST Engineering Innosparks.
Kempen itu berlangsung sejak Mac 2021 hingga Februari tahun ini, melihat "respons positif" dari orang awam, kata badan amal itu semalam.
Pelitup guna semula AIR+, yang dibangunkan di sini, dijual dengan harga $18. ST Engineering Innosparks akan mendermakan $2 dari setiap jualan pelitup guna semula itu.
Pelitup itu, mirip seperti pelitup N95, mempunyai lapisan tengah yang boleh menapis 95 peratus partikel antara 0.1 hingga 0.3 mikron, termasuk habuk dan asap yang didapati dalam jerebu, serta virus Covid-19 yang bersaiz 0.1 mikron.
ST Engineering juga akan menderma 100 kotak pelitup pembedahan kepada benefisiari di bawah STSPMF untuk melawan jangkitan Covid-19.
Dana itu dimulakan oleh The Straits Times sebagai projek masyarakat untuk menyediakan wang saku sekolah untuk kanak-kanak dari keluarga berpendapatan rendah untuk membantu mereka semasa di sekolah.
Presiden huraian bandar di ST Engineering, Encik Chew Men Leong, akan menyampaikan cek contoh kepada pengurus besar STSPMF Encik Tan Bee Heong di sebuah majlis pada Isnin depan.
Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg