Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Dana Wang Saku ST terima sumbangan $500,000

Oct 20, 2022 | 6:31 AM
DANA SUMBANGAN: Encik Warren Fernandez (kanan), pengerusi STSPMF, menerima cek bernilai $500,000 dari Encik Mohd Jaleel (kiri), Ketua Pegawai Eksekutif Mini Environment Service Group. - Foto BH oleh ALPHONSUS CHERN
DANA SUMBANGAN: Encik Warren Fernandez (kanan), pengerusi STSPMF, menerima cek bernilai $500,000 dari Encik Mohd Jaleel (kiri), Ketua Pegawai Eksekutif Mini Environment Service Group. - Foto BH oleh ALPHONSUS CHERN -

UNTUK membantu menampung kos yang semakin meningkat, Dana Wang Saku Sekolah The Straits Times (STSPMF) akan menambah jumlah wang saku bulanan sekolah kepada semua penerima tahun depan.

Ia juga akan menyediakan geran kepada 12,000 penerima akhir tahun ini.

Pada Hari Penghargaan STSPMF, yang diadakan semalam di Auditorium SPH Media, pengerusi STSPMF, Encik Warren Fernandez, mengumumkan bahawa bermula Januari 2023, 12,000 penerima akan menerima tambahan $5 setiap bulan, dengan murid sekolah rendah menerima $65 setiap bulan, naik daripada $60.

Pelajar sekolah menengah menerima $100, naik daripada $95, manakala pelajar peringkat tinggi menerima $125, naik daripada $120.

Encik Mohd Jaleel, Ketua Pegawai Eksekutif Mini Environment Service Group, merupakan penyokong STSPMF.

Beliau sekali lagi menderma $500,000 kepada STSPMF semalam, sekali gus menjadikan jumlah derma yang dihulurkannya sekitar $5 juta sejak 2010.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg