Premium
Dapat duit sebagai 'parker' kiriman barang
Apr 9, 2017 | 5:30 AM
DAPAT DUIT HANYA DENGAN BERADA DI RUMAH: Cik Mary Ho (kiri), seorang suri rumah yang menjadi 'parker' bagi Park N Parcel, menerima $1 bagi setiap bungkusan barangan yang dihantar ke rumahnya. Bungkusan barangan itu milik pembeli dalam talian yang tidak ada di rumah ketika barangan tersebut dihantar. - Foto THE STRAITS TIMES -
HANYA dengan berada di rumah, Cik Mary Ho sudah mendapatkan $100 sejak beliau mendaftar sebagai "parker" pada Januari lalu.
Flat Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) suri rumah berusia 64 tahun itu yang terletak di Hougang merupakan salah satu antara 40 pusat pemungutan di bawah start-up tempatan Park N Parcel, yang boleh dimanfaatkan mereka yang membeli barangan secara dalam talian bagi mengelak daripada perlu berhadapan dengan masalah tiada orang di rumah bagi menerima barangan mereka.

