Premium
Dapat ganjaran sebab sentiasa ikhlas beri bantuan
Feb 17, 2017 | 5:30 AM
KHIDMAT IKHLAS: Cik Rozidah (kanan) dan Cik Hafizah mendapat penghormatan kerana mutu khidmat dan layanan baik yang memang wajar dicontohi. - Foto M.O. SALLEH -
JIKA anda mahu dilayan dengan baik, maka terlebih dahulu layanilah orang lain dengan baik.
Prinsip ini menjadi pegangan Cik Rozidah Mohd Yasin selama 28 tahun beliau bertugas sebagai pegawai perkhidmatan pelanggan Sats di Lapangan Terbang Changi.

