Premium
Dapat semangat, keyakinan baru daripada bersukan
Aug 23, 2018 | 5:30 AM
SETIAP kali majikan berpotensi melihat tangan kanan Encik Sheriff Muhammad Khalid yang lebih kecil kerana tidak bersiku dan langkah lebih perlahan ekoran menggunakan kaki prostetik, mereka terus menolak permohonan kerjanya.
Mencari pekerjaan merupakan satu perjalanan perit bagi Encik Sheriff, 43 tahun, selepas beliau kehilangan kaki kanan dan siku kanannya akibat kemalangan teruk pada 2001.

