Topik diikuti
Pergi ke BHkuDapatkan akhbar BH percuma di 40 masjid pada 17 April
Dapatkan akhbar BH percuma di 40 masjid pada 17 April
Sebanyak 100 naskhah akan diedar di setiap masjid, usaha perkenal format kompak kepada masyarakat
Dapatkan akhbar BH percuma di 40 masjid pada 17 April
Para pembaca Berita Harian (BH) berpeluang mendapat akhbar BH cetak secara percuma di 40 masjid serata Singapura, semasa solat Jumaat pada 17 April.
BH, yang telah berubah dalam bentuk kompak sejak 24 Mac lalu, juga akan diedarkan secara percuma semasa solat Jumaat pada 15 Mei dan semasa solat Hari Raya Haji pada 27 Mei.
Setiap masjid akan menerima 100 naskhah BH untuk diedarkan. Jemaah boleh mendapatkannya selagi stok masih ada.
Secara keseluruhan, sebanyak 12,000 naskhah BH akan diedarkan dalam tempoh tiga hari itu.
Antara masjid yang akan mendapat BH percuma termasuk Masjid Al-Istighfar di Pasir Ris, Masjid Yusof Ishak di Woodlands, Masjid Sultan dan Masjid Al-Muttaqin di Ang Mo Kio.
Selepas edisi pertamanya hampir 70 tahun lalu, BH beralih dalam format kompak daripada edisi lembaran lebar (broadsheet).
“Edaran BH percuma di masjid ini merupakan usaha kami untuk mendekati masyarakat.
“Kami ingin pembaca yang belum berpeluang membaca BH dalam format kompak sejak dilancarkan pada 24 Mac lalu untuk menikmati pengalaman membaca yang baru.
“Edisi baru ini direka bentuk untuk lebih mesra pengguna, mudah dibawa dan padat, merangkumi analisis berita mendalam, gaya hidup, serta penyepaduan kod QR untuk akses digital yang lebih lancar,’’ kata Editor BH, Encik Nazry Mokhtar.
Sejak penubuhannya pada 1957, BH akan terus menjadi nadi masyarakat Melayu/Islam di Singapura.
Peranan ini kekal tidak berubah dan BH akan terus memainkan peranan sebagai sumber berita yang dipercayai, tambahnya.
Jangan lupa dapatkan BH secara percuma pada 17 April. Untuk melanggan, sila imbas kod QR atau lungsuri: https://subscribe.sph.com.sg/publications-bh/
Berikut adalah senarai masjid yang akan menerima BH secara percuma:
