Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Dapatkan iklan Ramadan norma baru Metro esok

Mar 31, 2022 | 5:30 AM
IKLAN ISTIMEWA: Metro pilih 30 ruangan dengan paparkan tarikh bermula Ramadan hingga akhir Ramadan. Setiap tarikh, tersaji waktu berbuka puasa dan waktu bermula puasa.
IKLAN ISTIMEWA: Metro pilih 30 ruangan dengan paparkan tarikh bermula Ramadan hingga akhir Ramadan. Setiap tarikh, tersaji waktu berbuka puasa dan waktu bermula puasa. -

SAMBUTAN Ramadan mungkin kurang serinya tanpa iklan iftar Ramadan.

Tahun ini, suasana Ramadan dalam norma baru menjadi tema Metro Holdings, sekali gus memperlihatkan sisi kreatif syarikat tersebut dalam menyampaikan mesejnya.

Metro kali ini membawa mesej bagaimana Ramadan yang disambut adalah untuk mendekatkan hubungan antara sanak saudara dan rakan-rakan.

Iklan Metro yang bakal dipaparkan esok (Jumaat) di Berita Harian (BH) menyajikan empat halaman penuh.

Ia menggunakan kertas bebas kayu atau 'woodfree' - iaitu kertas yang dibuat dengan bahan kimia dengan unsur-unsur yang terdapat dalam kayu dihilangkan dan hasilnya hampir sama seperti kertas yang diperbuat daripada kayu.

Dalam iklan berwarna-warni ini, Metro memilih 30 ruangan dengan memaparkan tarikh bermula Ramadan hinggalah berakhirnya Ramadan.

Dalam setiap tarikh, tersaji waktu berbuka puasa dan waktu bermulanya puasa.

Pembaca BH boleh menyimpannya sebagai satu kalendar lengkap Ramadan.

Dalam setiap tarikh, Metro memilih untuk menggabungkan produk-produk yang dijual yang amat rapat pengunaannya sepanjang Ramadan ini.

Iklan ini menampilkan keseluruhan sebuah 'pameran' yang menghimpun sejumlah produk dengan tema Ramadannya.

Iklan ini adalah sempena ulang tahun Metro yang ke-65 tahun ini dengan me-ngadakan pelbagai promosi untuk pelanggan.

Kunjungi kedai fizikal Metro di Paragon dan Causeway Point, atau layari laman web Metro, serta wadah Metro di LazMall dan Shopee Mall.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg