Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Dari aliran normal upaya ke peringkat PhD

Relawan akar umbi, Wan Rizal, kongsi pengalaman pertingkat pendidikan
Nov 10, 2019 | 3:33 PM
KONVENSYEN PAP: Dr Wan Rizal berucap semasa Konvensyen Parti Tindakan Rakyat (PAP) 65 pada Ahad (10 Nov).
KONVENSYEN PAP: Dr Wan Rizal berucap semasa Konvensyen Parti Tindakan Rakyat (PAP) 65 pada Ahad (10 Nov). - Foto BH oleh Gavin Foo

DARIPADA aliran normal di sekolah menengah, ke politeknik, kemudian meraih ijazah sarjana muda dan akhirnya, menggenggam segulung ijazah Doktor Falsafah.

Ini merupakan laluan pendidikan yang dilalui sukarelawan Pasir Ris East dan divisyen Punggol East, Dr Wan Rizal Wan Zakariah.

Pensyarah kanan, 41 tahun yang berucap semasa Konvensyen Parti Tindakan Rakyat (PAP) 65 pada Ahad (10 Nov) berkata peluang sedemikian tidak mungkin datang bergolek tanpa peluang yang ditawarkan pendidikan.

"Pendidikan adalah kunci untuk mempertingkat mobiliti sosial kerana itulah caranya kita dapat membenarkan mereka yang kurang berpendapatan atau tidak begitu mahir dalam bidang akademik, untuk memajukan diri dan mengelak masyarakat daripada berlakunya pecah-belah kerana darjat atau stratifikasi sosial," ujarnya.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg