Topik diikuti
Pergi ke BHkuDari berdua, dah boleh berlima...
Dari berdua, dah boleh berlima...
SETELAH sebulan 'terperuk' di rumah, Cik Hesty Pratiwi dan suami Encik Jamil Hamid tidak sabar keluar bersama anak-anak 'seperti biasa', meskipun sekatan Fasa Tiga (Kewaspadaan Dipertingkat) tetap bermakna mereka masih belum boleh keluar sebagai sebuah keluarga besar.
Pasangan itu tinggal di flat di Sembawang bersama lima anak mereka manakala kelonggaran yang bermula esok membataskan perhimpunan sosial kepada lima orang. Namun, bagi Cik Hesty, 35 tahun dan Encik Jamil, 59 tahun, kelonggaran lima orang jauh lebih baik daripada hanya dua orang yang dibenarkan sekarang.
Sedang keluarga mengalu-alukan kelonggaran itu, ada yang perlu menunggu lama sedikit sebelum menikmati keadaan yang 'hampir seperti biasa'.
Mereka termasuk pemilik kedai makanan dan minuman seperti Encik Asgar Azmi, pemilik bersama gerai Bhai Sarbat di Baghdad Street - di tengah-tengah kawasan Kampong Glam. Peniaga seperti Encik Asgar perlu menunggu seminggu lagi sebelum pelanggan dibolehkan semula 'makan di luar'.
Kata orang, penantian itu satu penyeksaan, tapi Encik Asgar berharap 'pengorbanan' peniaga seperti beliau akan berbaloi kelak.
"Harap lepas 21 Jun nanti, suasana di kawasan ini dapat semarak semula," ujarnya.
Laporan lanjut: