Topik diikuti
Pergi ke BHkuDari dunia korporat, kini jadi cef, kongsi ilmu buat kek
Dari dunia korporat, kini jadi cef, kongsi ilmu buat kek
Dari dunia korporat, kini jadi cef, kongsi ilmu buat kek
BUKA KAFE: Minat yang mendalam telah mendorong Cik Siti Sabariah Ngah (dua dari kanan, bertudung merah) untuk menjadi cef dan membuka kafe Chef Boutique. - Foto BM oleh SAINI SALLEH -
Ikuti topik ini:
Log masuk untuk ikuti
Oct 14, 2018 | 5:30 AM
MINAT yang mendalam untuk menjadi cef membuat kek, pastri, roti dan kuih muih tradisional Melayu telah mendorong Cik Siti Sabariah Ngah mengorbankan kerjaya dengan sebuah syarikat berbilang negara Amerika Syarikat di sini dalam 2012.
Berbekalkan pengalaman lebih 25 tahun termasuk hasil mengikuti kursus-kursus profesional peringkat sijil dan diploma di sini, Taiwan dan United Kingdom (UK), beliau membuka kelas di rumahnya sendiri untuk berkongsi ilmu dengan golongan "emak-emak" di Teck Whye Lane.
