Topik diikuti
Pergi ke BHkuJuruteknik dipenjara 8 bulan kerana cabul pekerja perkemasan

Dec 28, 2017 | 5:30 AM
Juruteknik dipenjara 8 bulan kerana cabul pekerja perkemasan
SEORANG juruteknik penerbangan asal Ethiopia, Legesse Gezaegn Beshah, dikenakan hukuman penjara lapan bulan setelah didapati bersalah mencabul kehormatan penyelia perkemasan wanita di hotel yang diinap.
Mahkamah diberitahu dia tiba di Singapura dari negara asalnya pada 7 September lalu dan mendaftar masuk ke hotel di timur Singapura.