Topik diikuti
Pergi ke BHkuJurutera dipenjara kerana cabul wanita di MRT

Jul 9, 2016 | 5:30 AM
Jurutera dipenjara kerana cabul wanita di MRT
SEORANG penyelia mekanikal dan elektrik dihukum penjara tujuh bulan semalam kerana mencabul kehormatan seorang wanita dalam kereta api MRT Laluan Timur Barat.
Kyaw Myo That, 33 tahun, lulusan ijazah kejuruteraan dari Universiti Teknologi Mandalay, didapati bersalah bulan lalu kerana menyentuh bahagian coli kiri di bawah ketiak wanita berusia 22 tahun itu ketika kereta api dalam perjalanan dari Tanjong Pagar ke stesen City Hall pada 8 Mei tahun lalu.