Lelaki dikatakan mabuk, terjatuh di platform sebelum dilanggar kereta api LRT
Premium
Lelaki dikatakan mabuk, terjatuh di platform sebelum dilanggar kereta api LRT
Aug 17, 2017 | 5:30 AM
TEMPAT KEJADIAN: LRT Fajar tempat Encik Ang Boon Tong, yang sebelumnya telah minum bir, terjatuh dari platformnya dan mungkin telah dilanggar dua kereta api. - Foto THE STRAITS TIMES -
SEORANG lelaki telah minum sekurang-kurangnya dua botol besar bir dan berada dalam keadaan mabuk sebelum terjatuh dari platform stesen LRT Fajar pada sekitar 12.40 pagi pada 24 Mac.
Dalam satu siasatan ke atas kematian tukang masak Ang Boon Tong, 43 tahun, semalam, mahkamah diberitahu bahawa beliau mungkin boleh dilanggar dua kereta api tanpa pemandu yang berbeza sebelum mayatnya akhirnya ditemui di landasan.

