Peniaga China dipenjara lima bulan kerana kesalahan pasport
Premium
Peniaga China dipenjara lima bulan kerana kesalahan pasport
Nov 4, 2016 | 5:30 AM

MENGAKU BERSALAH: Mick Davies, yang juga dikenali sebagai Lan Shili, mengaku bersalah menggunakan pasport Hongkong di bawah nama 'Fu Ching' bagi perjalanannya Julai lalu. - Foto THE STRAITS TIMES -
PENIAGA yang disenaraikan majalah Forbes sebagai lelaki ke-70 terkaya di China pada 2007 dipenjara lima bulan semalam atas kesalahan menggunakan pasport bukan miliknya.
Mick Davies, asal China dan kini warga Singapura yang tinggal di sini, telah mengemukakan rayuan terhadap hukuman tersebut. Dia dibebaskan dengan ikat jamin sebanyak $80,000 sementara menunggu rayuan diuruskan.

