Dari pelajar Normal jadi peguam, rakan kongsi firma guaman
Premium
Dari pelajar Normal jadi peguam, rakan kongsi firma guaman
Sep 27, 2023 | 5:30 AM
TEKAD BERJAYA: Dari seorang pelajar aliran Normal, Encik Mohd Dzuleqhmal Mohd Dzuleqhram mendaki tangga kerjaya peguam, malah kini menjadi rakan kongsi di firma guaman I.R.B. Law LLP. - Foto BH oleh SHAFIQ APANDI
Selama lebih 20 tahun dalam perjalanan pendidikannya, Encik Mohd Dzuleqhmal Mohd Dzuleqhram menghadapi cabaran dan mengalami kegagalan. Namun, semangatnya untuk terus mencuba dan tekad mengejar kejayaan tidak pernah pudar.
Asal seorang pelajar aliran Normal Teknikal, Encik Dzuleqhmal bukan sahaja mencapai kejayaan sebagai seorang peguam, bahkan kini mencapai kedudukan sebagai rakan kongsi di firma guaman I.R.B. Law LLP.
Laporan berkaitan
Tanam tekad ubah diri bagi kejar kejayaanSep 15, 2023 | 4:28 PM
Pelajar disleksia boleh cemerlang, tubuh niaga bantu suri rumah, warga emasAug 30, 2023 | 5:45 PM

