Dari sektor swasta beralih jadi cikgu bahasa Melayu

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Dari sektor swasta beralih jadi cikgu bahasa Melayu

Jul 8, 2021 | 5:30 AM

Dari sektor swasta beralih jadi cikgu bahasa Melayu

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula
MINAT MENDALAM TERHADAP BAHASA MELAYU: Encik Muhammad Khairool Haque Abdul Kadir bukan sahaja mengajar Bahasa Melayu di sekolah, malah aktif dalam dunia persuratan. Tiga buku hasil tulisannya telah diterbitkan sejauh ini. - Foto BH oleh YONG LI XUAN
MINAT MENDALAM TERHADAP BAHASA MELAYU: Encik Muhammad Khairool Haque Abdul Kadir bukan sahaja mengajar Bahasa Melayu di sekolah, malah aktif dalam dunia persuratan. Tiga buku hasil tulisannya telah diterbitkan sejauh ini. - Foto BH oleh YONG LI XUAN -

MINATNYA yang mendalam terhadap bahasa ibunda dan keinginannya menyumbang secara langsung kepada masyarakat membuat Encik Muhammad Khairool Haque Abdul Kadir memilih kerjaya sebagai guru setelah tiga tahun bekerja dalam sektor swasta.

Sejak belajar di Sekolah Tinggi Pemerintah Bukit Panjang, minat terhadap bahasa Melayu mula tersemai, kata Encik Khairool, 28 tahun, yang kini mengajar mata pelajaran tersebut di Sekolah Rendah Clementi.

"Kerjaya ini membolehkan saya menyumbang secara langsung kepada pembelajaran para pelajar terutama bagi subjek Bahasa Melayu.

"Saya juga diinspirasikan oleh para pendidik yang juga bergiat dalam bidang persuratan seperti Cikgu Masuri S.N., Cikgu Muhammad Arif Ahmad, Cikgu Aliman dan Cikgu Suratman Markasan," katanya.

Seperti mereka, Encik Khairool aktif dalam dunia persuratan dan mula menulis secara serius pada usia 15 tahun dengan bimbingan beberapa penulis mapan.

"Sastera memberi ruang kepada saya menumpahkan pemikiran dan renungan terhadap pelbagai perkara.

"Sejauh ini, tiga buku hasil tulisan saya telah diterbitkan iaitu Iftitah dan Syair Asas Ugama oleh penerbit Baytul Hikma, Malaysia, serta Anak Waktu Belajar Diam oleh penerbit Unggun Creative, Singapura," kongsinya.

Encik Khairool merupakan penerima Pingat Emas Rotary International ke-75 dan Hadiah Buku Kesatuan Guru Melayu Singapura dalam Majlis Tamat Pengajian Guru bagi kohort 2021 yang diadakan semalam secara dalam talian.

Beliau turut meraih Diploma Pendidikan daripada Institut Pendidkan Nasional (NIE).

Beliau merupakan antara 932 guru lain yang berjaya tamat pengajian mereka semalam.

Anugerah tersebut menunjukkan dorongan dan sokongan para pensyarah sepanjang pengajiannya di NIE, kata Encik Khairool.

"Mereka sentiasa memberi motivasi dan semangat untuk bergiat dalam bidang pendidikan dan juga persuratan.

"Mereka juga sentiasa bekerja keras dalam melestarikan bahasa dan sastera.

"Saya hanya cuba mengikuti jejak yang telah mereka tunjukkan," tambahnya.

Bahkan, semasa menuntut di NIE, Encik Khairool, yang sudah berumah tangga, pernah mengendalikan bengkel-bengkel penulisan bagi siswa yang ingin berjinak-jinak dalam bidang penulisan.

Karya-karya mereka, termasuk karya mahasiswa di Universiti Teknologi Nanyang (NTU) sedang disunting dan bakal diterbitkan tidak lama lagi, kongsinya.

Memulakan kerjaya perguruan sejak hujung Mei lalu, beliau akur menjadi guru ada kalanya mencabar, namun ia juga sesuatu yang memberi kepuasan.

"Perkara ini memang sudah saya jangkakan kerana saya telah melihat cabaran yang dihadapi oleh guru-guru saya yang terdahulu.

"Namun, melaluinya saya juga lebih menghargai pengorbanan dan kesabaran yang telah mereka tunjukkan ketika mengajar," ujar Encik Khairool.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg