Premium
Daripada kerani jadi pengarah di Lembaga CPF
Apr 12, 2017 | 5:30 AM
TERUS TINGKATKAN DIRI: Jika dulu Cik Noor Afizah Mahfodz memulakan kerjaya sebagai pegawai kerani kini beliau menyandang jawatan sebagai Timbalan Pengarah (Pengetahuan dan Pembangunan Keupayaan), Lembaga Tabung Simpanan Pekerja (CPFB), iaitu tempat yang sama beliau mencari rezeki sejak hampir 30 tahun lalu. - Foto SHAHRIYA YAHAYA -
BELIAU memulakan kerjaya sebagai kerani hampir tiga dekad lalu.
Tetapi kini, Cik Noor Afizah Mahfodz, 49 tahun, berjaya menyandang jawatan sebagai Timbalan Pengarah (Pengetahuan dan Pembangunan Keupayaan), Lembaga Tabung Simpanan Pekerja (CPFB), tempat beliau menerajui pasukan kakitangan kanan dan pelatih dalam Perancangan Perkhidmatan dan Pembangunan Keupayaan (SPD).

