Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Darul Arqam derma $30,000 kepada Persatuan Ain bantu golongan terjejas Covid-19

Dec 18, 2021 | 5:30 AM
f4a5b7ad-36a5-44eb-8e6f-d61af5b0479f
-

DARUL Arqam Singapura telah menyumbang $30,000 kepada Persatuan Ain kelmarin untuk membantu benefisiarinya yang terjejas dengan Covid-19.

Persatuan Ain melancarkan dana bantuan Covid-19 itu pada April tahun lalu untuk membantu benefisiari yang dijangkiti koronavirus itu dan memerlukan bantuan kewangan segera.

Presiden Persatuan Ain, Encik Abdul Malek Osman, berkata mereka amat bersyukur dengan sumbangan itu.

"Kami sangat berterima kasih terdapat badan tidak meraih keuntungan lain yang bersedia tampil membantu kerana kami yakin adalah penting bagi badan tidak meraih keuntungan bekerjasama serta menyokong satu sama lain, khususnya semasa waktu yang mencabar ini," ujarnya.

Presiden Darul Arqam, Encik Muhammad Imran Kuna, pula berkata:

"Kami bukan sahaja mahu mengumpul dana buat benefisiari kami sendiri tetapi juga membantu badan bukan pemerintah yang lain mencapai sasaran mereka."

Dana bantuan Covid-19 Persatuan Ain itu telah mengagihkan hampir semua daripada jumlah $120,000 yang diperuntuk bagi benefisiarinya dan akan mengumpul dana $150,000 tahun depan untuk membantu sekitar 500 benefisiari.

Antara mereka yang telah dibantu sejauh ini termasuk keluarga Sharifah Shahariyah Said Hassan Alsagoff yang mendapat bantuan bagi perbelanjaan barang dapur dan makanan daripada dana dana itu apabila kesemua empat anggota keluarganya dijangkiti Covid-19 pada September tahun lalu.

Anaknya, Alya Insyirah Norhisham, tujuh tahun, didiagnos sejenis barah darah dipanggil 'acute lymphoblastic leukaemia' ketika umurnya dua tahun.

Kanak-kanak itu juga dilahirkan dengan sindrom Down dan mengalami masalah jantung berlubang, dengan masalah jantungnya itu bertambah teruk semasa dia menjalani rawatan kemoterapi.

"Kami dibanjiri bil perubatannya," ujar Sharifah Shahariyah, 45 tahun.

Kini, barah yang dihidapinya itu dalam peringkat peredaan dan dia terus menghadiri janji temu kardiologi dan fisioterapi dengan bantuan Persatuan Ain.

"Saya amat bersyukur kepada Persatuan Ain kerana mereka telah membantu mengurangkan beban saya," ujar Sharifah Shahariyah.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg